As'kum,
Saya menyampaikan pesan dari Datuk YDP Muafakat dan AJK Muafakat yang kami dapat merasakan Pn pengetua dan setiap guru di MRSM TGB telah melakukan yang sebaiknya untuk membantu anak-anak kita menempah kejayaan terbaik dalam peperiksaan SPM yang akan bermula esok. Terima kasih atas segalanya, semoga Allah memberi ganjaran yang berlipat-ganda kepada semua. Bagi pihak ibubapa, kami memohon dihalalkan segala ilmu, makan-minum anak-anak kami. Marilah semua kita sama-sama berdoa agar setiap pelajar MRSM TGB yang akan mengambil peperiksaan SPM bermula esok mencapai kejayaan cemerlang jauh melebihi dari biasa dan MRSM TGB mendapat tempat pertama dari segi keputusan peperiksaan SPM 2008.
Untuk makluman semua, berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan piawai MRSM yang lalu, MRSM TGB mendapat tempat kedua selepas MRSM Pengkalan Cepa dan mendahului MRSM Langkawi, Alor Gajah dan Taiping.
Beberapa makluman awal hasil dari mesyuarat AJK Muafakat sebentar tadi:
1. Pada hari pendaftaran pelajar tingkatan 5 awal tahun hadapan, ibubapa akan berpeluang berjumpa guru homeroom, guru matapelajaran dan warden (8 pagi - 11 pagi), menghadiri majlis dialog dengan pihak sekolah (11 pagi - 1 tghari) dan membuat pendaftaran (atau mewakilkan kepada anak) pada sebelah petang.
2. Pihak Muafakat dan ANSARA akan mengadakan majlis makan malam amal pada akhir Mac 2009, bersempena dengan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar. Tarikh dan tempat akan diumumkan setelah pihak sekolah memutuskan tarikh Hari Anugerah berkenaan. Diharap majlis ini nanti mendapat sokongan ibu-bapa dari segi sumbangan, kehadiran dan tenaga. Ini adalah penting untuk mengumpul dana bagi membiayai aktiviti Muafakat dan maktab (termasuk Kelab R&D&I yang diutarakan oleh cikgu Suhaily sebelum ini). Ibu bapa yang berminat untuk menjadi jawatankuasa, terutama dalam soal merancang majlis dan penajaan, harap dapat berhubung dengan saya sendiri melalui email ini atau Cikgu Duratul Ain Jamal di 012 6070125.
Prof.Madya Naomie
NYDP Muafakat MRSM TGB 2007-2008.
1 comment:
THANK YOU
to all the teachers of MRSM TGB for teaching my daughter, Nur Diyanah Syahirah.
Please halalkan segala ILMU yang dicurahkan, bimbingan dan tunjuk ajar yang amat berguna for her future. Halalkan makan minum and forgive her for all her wrong doings.
May Allah Bless each and everyone attached and involved with TGB for all your kind deeds, perseverance, tolerance and patience in dealing with them all...especially my beloved daughter.
Semuga diberi petunjuk, iman dan hidayah kepada kita semua. Ameen.
Post a Comment