- Hasrizal Abdul Jamil
16 hours ago near Cyberjaya
Teguran saya kepada modul-modul latihan, teknik mendidik, menulis dan memotivasi serta tips yang dibangunkan daripada al-Quran, oleh pelbagai pihak kebelakangan ini adalah bertitik tolak antaranya daripada hadith Nabi SAW:
من قال في القرآن برأيه فقد أخطأ
أبو داود (3652)، الترمذي (2953) عن جندب بن عبد الله
"Barangsiapa berkata mengenai al-Quran berdasarkan pendapatnya sendiri, maka beliau telah salah"
Demikian juga hadith berikut:
من قال في القرآن بغير علم فليتبوأ مقعده من النار
رواه الترمذي، كتاب تفسير القرآن باب ما جاء في الذي يفسر القرآن برأيه، (2950)
"Barangsiapa yang berkata mengenai al-Quran tanpa ilmu maka tersedia tempat duduk untuknya daripada api Neraka"
Maksud hadith ini ialah, biar pun pendapat itu betul, ia tetap salah dan dicela kerana pendapat itu terhasil di atas premis yang salah, yakni tanpa ilmu-ilmu yang diperlukan untuk mengupas al-Quran, para pembangun modul ini dengan beraninya menghasilkan pelbagai modul latihan, motivasi, teknik dengan dakwaan ia datang daripada al-Quran. Walaupun mungkin apa yang dihasilkan itu betul (dan berkesan dengan testimoni pelanggan yang menggunakannya) ia tetap salah kerana dihasilkan dengan cara yang dicela agama.
Semasa saya bentangkan sebuah kertas kerja di dalam sebuah sesi latihan untuk trainer, motivator dan pembuat modul, saya jelaskan bahawa apa-apa sahaja modul yang dikaitkan dengan agama, apatah lagi menamakannya seperti "teknik komunikasi efektif kisah sulaiman dan semut", "resolusi konflik menggunakan surah aal imran" atau mungkin yang sudah dimasyhurkan seperti Teknik Surah Yusuf sebagai mazhab penulisan PTS, semua itu adalah TAFSIR KEPADA WAHYU ALLAH.
Dan untuk menafsir wahyu Allah, maka ada ilmu dan alat yang diperlukan untuk melakukannya. Jika ia dilakukan menurut pendapat peribadi, ilmu yang bukan ilmu interaksi nas, pengalaman, maka ia termasuk di dalam kecelaan bercakap tentang al-Quran dengan pendapat sendiri yang telah diberi amaran oleh Nabi SAW.
Pembentangan saya itu adalah amaran awal kepada komuniti industri motivasi agar membuat dua pilihan iaitu sama ada mendapatkan ilmu yang diperlukan untuk menafsir al-Quran, atau berhenti mengaitkan modul masing-masing dengan mana-mana bahagian al-Quran.
Sebab itu saya cuba bertukar-tukar pendapat berkenaan hal ini. Misalnya, semasa pengasas modul Mendorong Murid Kelas Corot menyebut di FB beliau dalam rangka membangunkan modul mendorong kelas corot gaya Nabi (SAW), "tidak ditemui di mana-mana ada menyebut Nabi pernah merotan", saya memberikan maklum balas.
Saya berpendapat bahawa untuk menyebut Nabi pernah merotan, secara teknikalnya adalah jauh lebih mudah, berbanding hendak menyebut Nabi tidak pernah merotan. Kenyataan pertama tadi, kaedahnya ialah datangkan dalil bahawa nabi pernah merotan. Tetapi untuk menyebut nabi tidak pernah merotan, maka ia hanya boleh dibuat jika penyebut sudah habis membaca dan mengkaji SEMUA hadith Nabi (SAW). Sudahkah dibaca semua hadith? Jika tidak, biar pun mungkin pendapat itu akhirnya betul, ia tetap salah kerana dibuat di atas premis yang salah.
Dan secara faktanya, ada beberapa hadith Nabi SAW yang baginda memberikan garis panduan dalam merotan, agar tidak lebih daripada sepuluh kali kecuali dalam hudud, dan jika memukul tidak boleh membabitkan bahagian muka.
Tetapi saranan tersebut tidak mendapat maklum balas.
Saya juga mencuba banyak kali di dalam pelbagai syarikat motivasi, dan hampir kesemuanya mendegilkan diri, termasuk pada mengekalkan riwayat palsu dalam modul.
Soalnya siapa saya?
Saya memang budak mentah, dalam industri latihan, saya juga bukanlah sesiapa. Tetapi sebagai insan yang Allah ajarkan saya serba sedikit ilmu al-Quran dan al-Sunnah, saya wajib menyuarakan hal ini.
Maka rakan trainer, motivator, penulis, juga ustaz-ustaz marilah kita sama-sama bermuhasabah dan memperbaiki hal ini.
Bertaubatlah.
Saya menyebut hal ini kerana saya tidak mahu diri saya dipandang sebagai ustaz hebat, selebriti di pandangan peminat, tetapi di pandangan Allah, saya adalah anjing yang terjelir lidah.
"Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir." [Al-A'raaf : 175-6]
Moga Allah ampunkan saya dan saudara-saudara saya atas ketelanjuran ini
130Unlike · · Share
You, Cikgu Alin, Hafiszi Othman, Nor Hasdillah and 277 others like this.
Fadhlina Sidek Sidek merasai kebimbangan yg sama..terima kasih ustaz kerana menzahirkannya dalam bahasa yg lebih tepat!
16 hours ago · Like · 7
Nur'ain At Thalitha JazakAllah ustaz.
16 hours ago via mobile · Like
Amirul Farhan apa taraf hadith itu ustaz? jazakallahkhair
16 hours ago · Like
Syukuri Jaafar ada pendapat yang mengatakan, mereka tidak menafsir, cuma mengambil semangat dan inspirasi yang ada dalam surah-surah al-quran sebagai panduan.
16 hours ago · Like · 1
Azhan Khazari ini sangat menarik wlpn sbgai org awam. Sbb kdg2 trbawa2 juga. Quran dan hadis mmg perlukan cara pemahaman dan kaedah yg btul. Brharap dapat didetailkan tntang hadis itu.
16 hours ago · Edited · Like · 1
Syuaib Supani ustaz,bagaimana pula situasi bagi seseorang yang hendak mentadabbur ayat al-quran hanya berdasarkan kitab terjemahan al-quran semata2?
16 hours ago · Like · 4
Muhammad Nizam Rubani Ibrahim Ucapkanlah yang benar biarpun pahit...demi ummah tercinta ya ustaz...alhamdulillah...jazakallahu khairan kathira...sentiasa menantikan nasihat dan kata-kata hikmah bersandarkan al-Quran dan As-Sunnah yang umpama sinaran lampu picit di gelapan malam...uhibbuka fillah...
16 hours ago · Like · 2
Noriman Saari Banyak juga ternampak post di Fb Kaedah motivasi spt ini... Sesuatu yg baik tujuannya atau kaedahnya tidak menghalalkan mendustakan Rasulullah.
16 hours ago via mobile · Like · 1
Hazni Ihsan Terfikir juga isunya meliputi Program 2 Tarbiah di KAMPUS ustaz.Jazakallahu khair ats peringatan
16 hours ago · Edited · Like
Ummu Fateh Bestya pilihan pertama yang diberi ustaz : Mendapatkan ILMU yang diperlukan untuk menafsir Al-Quran...amat tinggi dan sangat diperlukan.
16 hours ago via mobile · Like · 2
Hanya Faiz J ustadz hasrizal...
adakah konsep ini juga melarang utk men'taddabur' ayat AQ
16 hours ago via mobile · Like · 2
Ainul Munira salam ustaz,... terima kasih banyak2 sgt ustaz.skg dah tak 50-50 dah. hehehehe
15 hours ago · Like · 1
Leman Dolah alhamdulillah..syukran ya ustaz.pencerahan yg baik di awal pagi ini..
15 hours ago · Like · 1
Nor Erza Shafina Ustaz Hasrizal, saya yakin teguran/nasihat ustaz ini sangat dihargai dan diterima oleh orang-orang yang ikhlas. Seorang pengurus senior di tempat kerja saya mengulang-ulang pesan kepada kami anak2 buahnya: "Dont take things easy, but make things easy". Saya fikir pesanan ini terpakai untuk pelbagai bidang/disiplin. Sebagai seorang dengan latarbelakang akademik bahagian kejuruteraan dan a practising engineer, saya rasa amat kerdil untuk bercakap tentang topik-topik besar berkaitan agama. Namun update terbaru ustaz menyebabkan saya sukar lelap dan saya beranikan diri untuk menulis feedback. Saya sangat berharap & berdoa agar seruan/nasihat/teguran/amaran daripada pakar-pakar ilmu Islam TIDAK MEMBUATKAN para muslimin yang membaca seruan-seruan itu:
1. Memilih untuk berhenti praktis/promote the Islamic way or the supposed Islamic way - kerana berasa inferior tidak cukup ilmu Islam atau akibat 'larangan' mengaitkan promosi method2 mereka dengan Islam kerana tim mereka tidak terdiri daripada pakar2 agama. Saya sangat bimbang jika golongan2 dai'e bukan pakar ilmu Islam ini patah semangatnya dan back to using popular liberal methods (methods yang langsung tidak dikaitkan dengan agama) because thats the easier way out. Bila guna cara 'Islam', they are prone to criticism from the more experts or supposed experts jadi lebih baik tidak kaitkan modul mereka dengan Islam langsung. Alangkah ruginya kita wahai ikhwan semua kerana yang mahu menjadikan Islam as way of life masih minoriti dan jika yang minoriti ini dipancung-pancung maka makin sedikitlah kita...
"Dont take things easy, but make things easy".
2. Menjauhkan diri terus dari kumpulan trainer/motivator/novelis yang Ustaz mention kerana khuatirkan 'ajaran/methodology sesat'. Sedangkan modul2 tersebut, barangkali hanya 10-30% sahaja kandungannya perlu dibetulkan fakta/interpretasi akibat khilaf tim trainer/motivator/novelis. Bahagian yang nak dibetulkan inilah memerlukan bimbingan pakar2 ilmu Islam. Alangkah ruginya jika keseluruhan modul atau hasil tulisan dianggap salah sedangkan hanya sebahagian memerlukan pembetulan.
"Dont take things easy, but make things easy".
3. Menganggap para agamawan sebagai jumud atau hanya menganggap their way of preaching Islam as correct way. Na'uzubillah.
Sebagai orang biasa2 sesungguhnya saya sangat mahukan ada para pendakwah+penulis+motivator+trainer Muslim dengan pengaruh seperti John Maxwell. Yang mengikuti buku2/modul beliau pasti dapat mengesan at his core beliau sebetulnya mempromosi Christian way of life.
"Dont take things easy, but make things easy".
Moga Allah ampunkan kita jika perbincangan kita ini terkeluar dari redhaNya.
14 hours ago via mobile · Like · 23
Azman Mohd Nawi Saya termenung panjang dengan kupasan ustaz..saya harap dapat kiranya ustaz perincikan dengan lebih lanjut berhubung perkara ini.sebagai pengelola majalah bernuansa akademik memang dekat sangat apa yang ustaz paparkan ini dengan kerjaya saya.insya Allah moga Allah pertemukan kita satu hari nanti.
14 hours ago via mobile · Like
Ahmad Syukri Mansor saya ambil contoh dalam bidang bisnes, jika kita hendak berjaya, kita perlu ada mentor yang telah lama bergelumang dlm bidang keusahawanan supaya kita tidak melakukan kesilapan yg dia lakukan, dan usahawan yang berjaya dan hebat bukalah seorang yang tidak pernah gagal n melakukan kesilapan, tetapi mereka belajar darinya untuk terus maju...
begitu juga seorang trainer, tidak kira di mana posisi, bila bercakap tentang bidang agama perlulah merujuk mereka yang pakar dalam bidang itu, jika melakukan kesilapan janganlah berputus asa n berkecil hati, anggaplah ia suatu proses untuk mematangkan ilmunya dan seharusmya ia patut berterima kasih kerana ada yg sudi menegurnya... imam dalam mazhab fekah pun melalui proses yang sama, teruji dan diuji sebelum mazhab/metodologi mereka ini diterima ramai...ianya tidaklah terlalu sukar selagi mana budaya berguru itu subur
11 hours ago via mobile · Like · 2
Rozek Suka DiTag saya baca berulang-ulang kali..mengelakkan drpd salah mentafsir maksud ustaz..maksudnya, setiap kali ingin guna hadis atau dalil,rujuk pada yg pakar dulu?
ini buat saya terlintas dan boleh kaitkan apa tradisi di asrama saya dulu..selepas solat fardhu,salah seorang akan bangun untuk membacakan sepotong ayat atau cerita yg tkandung dalam buku..dkongsikan bsama hadirin..yg bcerita itu tidak mengetahui sangat apa yg dbacanya, cuma dia menyampaikan..bagaimana ustaz melihat hal begini..?
membaca tanpa guru, gurunya adalah syaitan..?
wallahualam
11 hours ago via mobile · Like · 1
Toshiro Mifune Saya amat setuju lebih-lebih lagi bahagian ini..."Saya berpendapat bahawa untuk menyebut Nabi pernah merotan, secara teknikalnya adalah jauh lebih mudah, berbanding hendak menyebut Nabi tidak pernah merotan. Kenyataan pertama tadi, kaedahnya ialah datangkan dalil bahawa nabi pernah merotan. Tetapi untuk menyebut nabi tidak pernah merotan, maka ia hanya boleh dibuat jika penyebut sudah habis membaca dan mengkaji SEMUA hadith Nabi (SAW)"...
Mungkin apa yg ustaz nak sampaikan ialah setiap hipotesis(cth: tidak pernah merotan) perlu bukti yang kukuh utk mengatakan ianya tidak pernah berlaku. Sedangkan kebarangkaliannya tetap ada...jika habis kaji Hadis dan Al-Quran saja pun kita belum tentu dapat jawapannya kerana berapa ribu(juta?) Orang yang Nabi jumpa dan adakah setiap pertemuan itu diriwayatkan? Maka Grey area itu tetap ada...maka siapalah kita utk katakan tidak atau tiada sedangkan kita tidak blh/upaya utk siasat/ambil tahu secara total.
Saya doakan Ustaz yg telah klasifikasikan diri sendiri sebagai masih mentah dan 'Nobody' dalam latihan menjadi 'Somebody' dan boleh hadir dengan teori dan modul yang lebih rapi kerana saya yakin Ustaz ada kebolehan dan pengetahuan yang cukup utk berIjtihad dan menyuntik semangat dan ilmu terutama utk golongan muda. InshaAllah...teruskan perjuangan Ustaz
10 hours ago · Like · 3
Shaliza Hayati A Wahab Ya setuju dengan apa yg Ustaz Hasrizal Jamil utarakan. Mesti rujuk pada ahlinya/orang yg arif sebelum mengaitkan dengan mana-mana surah dan sunnah Nabi.
10 hours ago · Like
Syed Mohd Najib Al-Yahya Terbaik ustaz.......
9 hours ago via mobile · Like
Hasrizal Abdul Jamil Terima kasih atas maklum balas semua.
Jika mahu diadakan pertemuan dengan trainer, secara prinsipnya tiada halangan. Cuma saya tiada penambahan besar yang dapat dibuat. Hanya akan berkongsi poin yang telah ditulis di sini sahaja. Saya tiada reserve apa-apa isu lain. Apa yang perlu ditulis, saya dah tulis di sini. Hanya terserah kepada semua pihak untuk bermuhasabah dan bertindak seperti yang perlu.
Sebagaimana banyak modul sebegini dibangunkan secara awam, berkonsepkan open source, maka ia juga wajar ditimbang tara secara awam, dengan mengekalkan akhlaq dan adab dalam berbicara.
==============
Poin saya ini juga tidak bermaksud semua orang tidak boleh bertadabbur ayat al-Quran. Allah jadikan al-Quran itu boleh dibaca dan difahami mesej-mesejnya di peringkat individu.
Bezanya tadabbur individu itu adalah ia berbentuk proses belajar, memahami, dan tidak membabitkan EKSTRAK sesuatu yang kemudiannya dilabel sebagai 'teknik al-Quran' dan imposed ke atas orang lain. Bahagian kedua tu yang berat. Yang perlu diketatkan disiplinnya.
Saya berpendapat, jika branding gaya nabi, teknik surah, tadika gaya nabi, makanan sunnah dll ini tidak berleluasa, mungkin saya tidak terpanggil untuk memberikan pandangan sebegini.
Kita keterlaluan. Itu isunya
9 hours ago · Like · 13
Emi Syifaa mohon ustaz buat kupasan lanjut dan lebih terperinci
9 hours ago · Like
Nur Rahman terima kasih ustaz hasrizal atas pencerahan..
9 hours ago via mobile · Like
Ida Khamis Bersetuju dgn Ustaz. Saya ada menghadiri bengkel seumpama ini baru-baru ini. Walaupun memang bermanfaat tapi saya rasa ada kekurangan bila hadith2 Nabi saw 'dikaji' oleh peserta tanpa ilmu. Saya cadangkan dalam maklumbalas kepada Trainer untuk menyertakan syarah kepada hadis supaya kita tahu kenapa Rasulullah saw bersabda demikian untuk mengelakkan kita membuat penafsiran sendiri.
9 hours ago · Like · 2
Noor Aini Samsusah Syukran ustaz..
9 hours ago via mobile · Like
Ahmad Nabil Abd Rani Kesimpulannya, kalau sekadar untuk sendiri-sendiri, dalam ruang lingkup peribadi, maka itu tidak termasuk dalam teguran ustaz, tapi tak bermakna kita tak boleh mengambil manfaat teguran ini.
Tapi yang ditegur ustaz adalah hebahan secara umum kepada masyarakat. Maka metodnya tidak sepatutnya diambil mudah sedangkan ia dalam tajuk bertanggungjawab terhadap ilmu. Makanya, yang terkena batang hidung, sahutlah cabaran untuk 'mendapatkan ilmu yang diperlukan untuk menafsir al-Quran' kalau masih mahu teruskan.
8 hours ago · Edited · Like · 2
Iimran Za saya bersetuju...dan saya sangat setuju dengon contoh isu rotan tu...cumanya mungkin ustaz boleh bagi pencerahan sedikit tentang hadis tu....
6 hours ago · Like
Mohd Rizal Hassan Tahniah dan Terima Kasih, Ustaz Hasrizal, kerana menegur
4 hours ago via mobile · Like · 3
Fauzul Naim Ishak Saya menunggu komen sebegini daripada para ustaz mengenai perkara ini. Kita memang memerlukan orang yang dapat memberikan maklum balas terbuka bagi 'menjentik minda' untuk berfikir. Terima Tuan Hasrizal Abdul Jamil
4 hours ago · Like · 2
Mir Hazil Azran Ramli jazakallah..
3 hours ago ·
Thursday, February 28, 2013
PARA MOTIVATOR...
CHIT CHAT
One day a grandson went to his grans house and they sat together at the meal table. He then started asking his gran whom he called as Wan.
"Wan, do you know if you can write with a pen or type on Samsung Galaxy II ?"
"Oh, lets check..." a little embarrassed as I have no idea nor have I ever touched one yet. Hehe. Shame!
On another occasion he came into the house, calmly making this announcement...
"When I get married, I want everybody to give me wedding presents... IPhone, IPad, IPod"
He has just turned five...
Each time we sat to watch TV dramas, he would be racing against the actors what was going to happen next... that we have to slowly and politely telling him "Lets all watch together"...
"Wan, do you know if you can write with a pen or type on Samsung Galaxy II ?"
"Oh, lets check..." a little embarrassed as I have no idea nor have I ever touched one yet. Hehe. Shame!
On another occasion he came into the house, calmly making this announcement...
"When I get married, I want everybody to give me wedding presents... IPhone, IPad, IPod"
He has just turned five...
Each time we sat to watch TV dramas, he would be racing against the actors what was going to happen next... that we have to slowly and politely telling him "Lets all watch together"...
Subscribe to:
Posts (Atom)